Pertanyaan Dewan Rakyat 30-4-2008

1 05 2008

Dear Friends, below is the reply from the ministry to the first question submitted for this Parliamentary session.

PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 30.04.2008

Soalan Ke-39: Y.B. Puan Teo Nie Ching [Serdang] minta Menteri Pelajaran menyatakan samada Kementerian mempunyai rancangan untuk menambah bilangan SJK (C) dan SJK (T) di kawasan yang memerlukannya. Setakat ini, berapakah buah sekolah tersebut yang mengalami masalah kekurangan bilik darjah atau bilangan belajar yang melebihi had yang sepatutnya.

Jawapan: Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa berusaha menyediakan kemudahan pendidikan yang sempurna dan mencukupi mengikut keperluan dan keutamaan sesuatu kawasan. KPM juga sentiasa memastikan kemudahan pendidikan yang disediakan adalah untuk semua kaum atau golongan masyarakat. Dalam hal ini, projek-projek pembangunan dirancang dan dilaksanakan berdasarkan bilangan penduduk sesuatu kawasan ataupun kewujudan kawasan perumahan baru. Di samping itu, KPM juga terus berusaha ke arah menyatupadukan rakyat dan salah satu pendekatan yang digunakan oleh KPM adalah dengan menubuhkan lebih banyak sekolah kebangsaan bagi semua golongan masyarakat selari dengan dasar kerajaan memperkasakan sekolah kebangsaan.

KPM tidak pernah mengabaikan pembangunan sekolah SJKC dan SJKT. Pelbagai usaha dan cara telah diberi bagi mengatasi masalah keperluan SJKC dan SJKT. Dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMKe-9), KPM telah memperuntukkan sebanyak RM174.34 juta untuk SJKC dan RM64.84 juta untuk SJKT bagi kerja-kerja pembinaan baru, gentian dan tambahan serta ubahsuai dan naik taraf. Di samping pembinaan dua buah SJKC dan sebuah SJKT yang telah diluluskan oleh KPM dalam RMKe-9 dan pada Mac 2008 telah meluluskan pembinaan 6 buah lagi SJKC baru.

Untuk makluman Ahli yang Berhormat, bagi mengatasai kepadatan bilangan murid di SJKC, dari tahun 1999 hingga Mac 2008, KPM telah meluluskan perpindahan sebanyak 75 buah SJKC yang mana sebahagian besar adalah sekolah kurang murid, ke kawasan yang mempunyai keperluan yang tinggi.

Bagi pembangunan sekolah bantuan kerajaan pula, dalam tempoh RMKe-9 ini, KPM menyediakan dana pembangunan sebanyak RM100 juta.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: