Pertanyaan untuk mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen Ke-12

10 04 2008

Here are the questions I submitted to the Parliament for the 1 ½ hour Question and Answer Time. Your comments are welcome. n_n
PERTANYAAN UNTUK MESYAURAT PERTAMA, PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KEDUA BELAS

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada surat bertarikh 28.3.2008. Dikemukakan pertanyaan bagi jawab lisan dan jawab bertulis untuk tindakan selanjutnya oleh pihak Parlimen.

Jawab Lisan

1. Teo Nie Ching [Serdang] minta Perdana Menteri menyatakan samada Kementerian sedia untuk mengakui kelayakan Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah-Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia (“UEC”) sebagai syarat untuk memasuki universiti-universiti tempatan. Jika ya, bila dan jika tidak, mengapa.

2. Teo Nie Ching [Serdang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan memandangkan Lebuhraya KL – Putrajaya melalui kawasan Serdang, samada kerajaan merancang untuk membina satu jalan keluar-masuk untuk memberi kemudahan kepada penduduk-penduduk di kawasan tersebut dan sekiranya ada, bilakah jalan-jalan tersebut akan dibina.
3. Teo Nie Ching [Serdang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan samada Kementerian menyedari keseriusan masalah kesesakan lalulintas Jalan Besar di kawasan Serdang dan langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang untuk mengatasi masalah tersebut.

4. Teo Nie Ching [Serdang] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan apakah kemajuan pengubalan Akta Universiti dan Kolej Universiti yang dijanjikan oleh bekas Menteri bagi Kementerian ini dan bilakah pindaan berkenaan akan dibentangkan dan samada seksyen-seksyen 15 dan 16 Akta tersebut akan dimansuhkan.

5. Teo Nie Ching [Serdang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan mengapakah Kementerian masih enggan membebaskan lima orang pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri serta sekiranya benar bahawa mereka mengancam keselamatan negara, mengapakah Kementerian tidak berani mendakwa mereka di mahkamah.

6. Teo Nie Ching [Serdang] minta Menteri Pelajaran menyatakan samada Kementerian mempunyai rancangan untuk menambah bilangan SJK (C) dan SJK (T) di kawasan yang memerlukannya. Setakat ini, berapakah buah sekolah tersebut yang mengalami masalah kekurangan bilik darjah atau bilangan belajar yang melebihi had yang sepatutnya.

7. Teo Nie Ching [Serdang] minta Perdana Menteri menyatakan samada YAB mempunyai rancangan di dalam tempoh terdekat ini untuk menubuhkan Jawatankuasa Bebas Bagi Perlantikan dan Kenaikan Pangkat Hakim.

8. Teo Nie Ching [Serdang] minta Perdana Menteri menyatakan sama ada Perdana Menteri akan mengikut seruan rakyat untuk membebaskan Badan Pencegahan Rasuah daripada kawalan Jabatan Perdana Menteri dan diletakkan di bawah Parlimen. Jika tidak, mengapa.

9. Teo Nie Ching [Serdang] minta Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan menyatakan samada Kementerian merancang untuk memulihkan sistem pilihanraya bagi kerajaan tempatan dan Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, dan sekiranya, ya, bila dan tidak, mengapa.

10. Teo Nie Ching [Serdang] minta Perdana Menteri menyatakan senarai projek di mana keuntungan Petronas telah dibelanjakan dan jumlah rezab serta rasional untuk meletakkan keutamaan kepada perbelanjaan tersebut dan bukannya untuk memberi subsidi petrol minyak untuk rakyat.

Jawab Bertulis

11. Teo Nie Ching [Serdang] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah pelaburan asing yang telah diperolehi untuk Koridor-Koridor Sabah, Utara, Timur dan Selatan serta: –

(a) jenis industri yang diceburi oleh pelabur-pelabur asing;

(b) jangka sumbangan pertumbuhan ekonomi yang disumbangkan oleh pelaburan tersebut,

untuk setiap Koridor.

12. Teo Nie Ching [Serdang] minta Perdana Menteri menyatakan bilangan orang dan peratusan mengikut setiap negeri yang masih tidak dapat menikmati perkhidmatan bekalan air, elekrik dan pendidikan dan apakah langkah-langkah dan tempoh untuk mengatasinya.

13. Teo Nie Ching [Serdang] minta Perdana Menteri menyatakan samada kontrak-kontrak lebuhraya dengan syarikat persendirian akan dilepaskan daripada diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1971 agar maklumatnya akan diketahui umum. Jika tidak, sebab-sebabnya.

14. Teo Nie Ching [Serdang] minta Menteri Kesihatan menyatakan jumlah jururawat lelaki yang sedang memberi perkhidmatan dan samada jawatan tersebut masih mempunyai kekosongan. Jika ya, sila nyatakan tindakan yang sedia ada untuk mengalakkan lebih ramai lelaki menceburi bidang tersebut.

15. Teo Nie Ching [Serdang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apa pelan yang sedia ada untuk mengatasi masalah kebanjiran buruh asing di dalam negara ini yang mengakibatkan pengangguran di kalangan buruh tempatan dan meningkat kes-kes jenayah.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: