Dear all,
I attach the following working paper for your kind perusal.
I would appreciate it if you could kindly provide your feedback to me as soon as possible since the Meeting for J/K Kesihatan is held on this coming Monday.
DARIPADA
JABATAN KESIHATAN
TAJUK : KERTAS CADANGAN MEMINTA KEBENARAN DARIPADA JIRAN UNTUK MEMBELA ANJING DI KAWASAN PENTADBIRAN MPSJ
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan untuk mensyaratkan pemilik anjing, meminta kebenaran jiran untuk membela anjing di premis masing-masing di kawasan pentadbiran MPSJ.
2.0 LATAR BELAKANG DAN SITUASI SEMASA
Anjing belaan boleh menimbulkan masalah kacauganggu kepada jiran-jiran seperti bising dan bau sekiranya anjing yang dibela tidak diselenggara atau dilatih dengan baik. Jabatan Kesihatan MPSJ menerima banyak aduan mengenai kacauganggu anjing jiran setiap tahun.Jadual di bawah menunjukkan jumlah bilangan aduan anjing jiran yang telah diterima oleh pihak Majlis sepanjang tahun 2005 sehingga 2008.
| TAHUN | BIL. ADUAN |
| 2005 | 452 |
| 2006 | 390 |
| 2007 | 515 |
| 2008 | 610 |
3.0 OBJEKTIF
- Mendapatkan kebenaran daripada jiran sebelum membela anjing.
- Memelihara hubungan baik sesama jiran.
- Menjamin ketenteraman awam.
- Mewujudkan sikap toleransi.
- Memelihara hubungan baik sesama jiran.
- Menjamin ketenteraman awam.
- Mewujudkan sikap toleransi.
4.0 CADANGAN PROGRAM
Jabatan Kesihatan mencadangkan supaya sebelum lesen anjing dikeluarkan pemilik anjing terlebih dahulu perlu meminta kebenaran jiran dengan mengemukakan bukti kebenaran jiran secara bertulis (tanda tangan jiran dan sokongan) disamping mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing Dan Rumah Pembiakan Anjing (MPSJ) 2007 seperti mengemukakan pemeriksaan dan suntikan oleh doktor haiwan.
| Bil | Jenis Rumah | Kedudukan Rumah | Kelulusan Jiran |
| 1. | Rumah Teres | Di lot tengah | Sebuah rumah jiran sisi kiri, kanan, depan dan belakang |
| Di lot tepi | Sebuah rumah jiran kiri/kanan, depan dan belakang | ||
| 2. | Rumah Bunglow | - | Sebuah rumah jiran sisi kiri kanan, depan dan belakang |
| 3. | Rumah semi-D | - | Sebuah rumah Jiran sisi kiri, kanan, depan dan belakang |
| 4. | Rumah apartment / Flat
(Tingkat bawah sahaja) Spt dibawah UUK Pelesenan Anjing MPSJ 2007 |
Di lot tengah | Sebuah rumah jiran sisi kiri, kanan, depan, belakang dan atas |
| Di lot tepi | Sebuah rumah jiran sisi kiri/kanan, depan, belakang dan atas. |














Recent Comments